WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DAP Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan PRN Mengejut Di Tiga Negeri

05/05/2026 12:00 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- DAP mengarahkan seluruh jentera parti bersiap siaga menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) mengejut sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dibubarkan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti pada malam tadi yang turut membincangkan perkembangan krisis politik di Negeri Sembilan.

“Langkah itu diambil sebagai persediaan awal sekiranya DUN di tiga negeri berkenaan dibubarkan dalam masa terdekat.

“Dalam masa sama, DAP menegaskan sokongan penuh kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus memimpin pentadbiran negeri dan menolak sebarang cadangan pertukaran Menteri Besar ketika ini,” menurut kenyataan tersebut.

Loke berkata DAP sentiasa menghormati dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan serta memastikan sebarang isu berkaitan ditangani secara tertib selaras dengan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan