WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SPRM Kesan Jung Tsen Hee, Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong Untuk Bantu Siasatan Kes

18/05/2026 11:09 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan dua lelaki bagi menghadiri prosiding kes di Mahkamah Kuching dan Mahkamah Johor Bahru.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu bernama Jung Tsen Hee, 54, yang beralamat terakhir No 373, Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, 93300 Kuching, Sarawak dikehendaki hadir ke Mahkamah Kuching dari 29 Jun hingga 1 Julai depan.

"Individu kedua Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, pula mempunyai alamat terakhir di Kampung Talang Batin, 32800 Parit, Perak.

"Beliau dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru, Johor pada Rabu ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jung diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nur Asyiqin Mohd Zahid di talian 012-685 5902 atau e-mel kepada nurasyiqin@sprm.gov.my.

Menurut SPRM, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan Mohd Ridhuan pula diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Raja Mohd Firdaus Raja Semail di talian 011-3566 1995 atau e-mel kepada firdaus.semail@sprm.gov.my

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan