GUANGZHOU, 20 Mei (Bernama-CMG) -- Kapal persiaran buatan China Adora Flora City dijadual memulakan pelayaran sulungnya pada 22 November 2026.
Kapal itu akan berlepas dari Pelabuhan Induk Kapal Persiaran Antarabangsa Nansha di Guangzhou bagi musim pelayaran pertamanya, menurut syarikat pengendali Adora Cruises.
Tempahan tiket bagi laluan pelayaran kapal itu mula dibuka pada 20 Mei.
Selain laluan biasa, Adora Flora City turut menawarkan pakej "Southeast Asian Charms" selama sembilan hari lapan malam selain pakej pelayaran ke Hong Kong selama empat hari tiga malam sempena sambutan Tahun Baharu.
Kapal itu juga akan menawarkan pakej "Maritime Silk Road Discovery" selama 17 hari 16 malam, membawa pelancong mengunjungi enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.
Adora Flora City ialah kapal persiaran bersaiz besar kedua yang dibangunkan China. Kapal sepanjang 341 meter itu mampu membawa sehingga 5,232 penumpang pada satu-satu masa.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial