KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Favelle Favco Bhd, melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes Pty Ltd, meraih kontrak baharu membekalkan kren menara di Australia bernilai kira-kira RM90.6 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Favelle Favco menyatakan kontrak berkenaan diperoleh daripada Contracting Pty Ltd dan G A Caelli Holdings Trust.
Menurut syarikat itu, penghantaran kren menara mengikut kontrak tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari akhir 2026 sehingga suku kedua 2027.
"Kontrak pembekalan ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Favelle Favco bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2026 dan tahun-tahun seterusnya," tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial