WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Duta Besar Malaysia Ke Perancis Sifatkan Bernama Institusi Media Dipercayai Negara

23/05/2026 11:47 AM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sahih dan berwibawa kepada rakyat sepanjang hampir enam dekad penubuhannya, kata Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Sempena ulang tahun ke-59 Bernama, beliau menyifatkan agensi itu sebagai institusi media yang dipercayai di negara ini, di samping menjadi medium utama dalam memperkenalkan dasar serta aspirasi kerajaan kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata Bernama turut membantu duta dan kedutaan Malaysia di luar negara dalam menyiarkan pelbagai aktiviti dan program yang berlangsung di peringkat antarabangsa, termasuk mempromosikan hubungan dua hala, penglibatan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN, serta liputan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, para menteri dan pegawai kanan kerajaan.

“Dalam dunia hari ini yang berdepan dengan lambakan maklumat dan cabaran berita palsu, peranan institusi media yang berintegriti seperti Bernama menjadi semakin penting.

“Saya percaya kredibiliti dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh warga Bernama selama ini telah berjaya meletakkan agensi ini sebagai antara institusi media yang dihormati di negara kita,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Bernama atas dedikasi dan komitmen dalam memastikan rakyat terus menerima laporan yang pantas, tepat dan bertanggungjawab.

“Semoga Bernama akan terus maju, relevan dan cemerlang dalam mendepani cabaran landskap media yang semakin dinamik, serta terus menjadi suara yang dipercayai rakyat dan negara,” kata beliau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan