| BERITA TERGEMPAR | Allianz Malaysia posts higher net profit of RM227.35 mln in 1Q FY2026 compared to RM213.04 million in 1Q FY2025 | |
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi unitnya, Gamuda Renewable Pty Ltd (Gamuda Renewables), terpilih di bawah Skim Pelaburan Kapasiti Australia menerusi dua projeknya di Tasmania.
Dua projek berkenaan ialah Weasel Solar Farm berkapasiti 200 megawatt (MW) dan Cellars Hill Wind Farm berkapasiti 341 MW, tersenarai daripada 19 projek yang dipilih di bawah skim itu.
Skim jaminan hasil utama kerajaan Australia itu diwujudkan bagi mengurangkan risiko pelaburan swasta serta mempercepat pelaksanaan tenaga boleh baharu melalui penyediaan jaminan pendapatan yang disokong kerajaan sehingga 15 tahun.
Dalam satu kenyataan, Gamuda berkata kedua-dua projek itu dibangunkan oleh Gamuda Renewables dengan kerjasama pemaju tenaga boleh baharu, Alternate Path serta pemilik tanah tempatan, keluarga Downie.
Menurutnya, kedua-dua projek akan disambungkan ke talian penghantaran sedia ada berkapasiti 220 kilovolt (kV) di tapak projek, manakala Gamuda Renewables akan melaksanakan kedua-dua projek itu menerusi kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bersama Gamuda Engineering Pty Ltd.
“Tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir, pembinaan Weasel Solar Farm dijangka bermula pada awal 2027, diikuti Cellars Hill Wind Farm pada 2028,” katanya.
Kumpulan itu berkata pihaknya turut menyumbang kepakaran serantau yang kukuh dalam pembangunan infrastruktur berskala besar dan pelaksanaan projek, dengan saluran pembangunan tenaga boleh baharu berkapasiti empat gigawatt merangkumi projek solar, angin, hidro dan penyimpanan bateri bagi menyokong keterjaminan tenaga serta air jangka panjang di Australia dan Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial