WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Kesan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun, Pecah Rumah

30/05/2026 08:25 PM

SEREMBAN, 30 Mei (Bernama) -- Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam dua kes samun dan pecah rumah secara berasingan membabitkan kerugian dianggarkan melebihi RM110,000 di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata kejadian pertama melibatkan kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan seorang lelaki memakai baju hud berwarna gelap di Jalan Hijayu, Bandar Sri Sendayan pada 24 Mei lepas.

“Suspek dipercayai memasuki kawasan perumahan itu dengan memanjat pagar dawai besi dari arah jalan utama sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta Honda Civic FD hitam.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian membabitkan seutas rantai emas seberat 16 gram serta sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian kedua membabitkan kes samun dalam rumah dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng muka yang memasuki kawasan perumahan melalui pagar dawai besi dari arah jalan besar sebelum mengumpil tingkap dapur untuk masuk ke dalam rumah di Seremban 2 pada 9 malam, Rabu lepas.

“Mangsa mengalami kerugian barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM110,000 dan siasatan forensik di lokasi kejadian menemukan lapan cap jari serta 10 sampel calitan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya.

Mohd Yatim berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan