SEREMBAN, 3 Jun (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Hinggap, di sini pagi tadi.
Pertemuan itu berlangsung hampir dua jam selepas Aminuddin memasuki istana kira-kira 9 pagi.
Aminuddin ketika ditemui pemberita selepas itu berkata pertemuan itu adalah rutin dilakukan beliau pada setiap Rabu sebelum mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Mesyuarat biasa hari Rabu,” katanya ringkas.
Semalam, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilapor mengadakan mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata mesyuarat itu bagi membincangkan persediaan PH untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial