KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) serta menyaksikan penubuhan Cyber Security Cryptology Development Centre (CSCDC).
Beliau turut menyaksikan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CSCDC.
“Lawatan ini turut mengetengahkan inisiatif Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) yang diterajui oleh bakat muda PTPKM melalui program PQC Sandbox, dalam usaha memperkukuh keupayaan keselamatan siber dan kriptologi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar juga menyeru generasi muda untuk terus menguasai teknologi strategik demi memastikan keselamatan dan kedaulatan digital negara terus terpelihara.
PTPKM ialah sebuah entiti utama negara yang bertanggungjawab dalam menyelidik, membangun dan menguruskan sistem keselamatan siber serta kriptografi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial