WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hari Antarabangsa Untuk Dialog Antara Tamadun Disambut Di Organisasi PBB

12/06/2026 01:17 PM

BEIJING, 12 Jun (Bernama-CMG) -- Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun disambut di beberapa organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Vienna dan Paris pada Rabu.

Misi Tetap China ke PBB menganjurkan aktiviti bertemakan “Meneroka Laluan Baharu Pertukaran Antara Tamadun, Menulis Bab Baharu untuk Tadbir Urus Global” di ibu pejabat PBB di New York yang disertai kira-kira 300 wakil kanan dari pelbagai negara dan pegawai PBB.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam ucapan bertulisnya menyatakan bahawa negara-negara perlu memperkukuh kerjasama melalui dialog antara tamadun bagi mendorong pembinaan dunia yang lebih adil dan aman.

Pada masa sama, pelbagai pihak turut memuji Inisiatif Peradaban Global yang dikemukakan China serta sumbangannya dalam mempromosikan dialog antara tamadun.

Menurut mereka, masyarakat antarabangsa perlu memperkukuh perpaduan dan kerjasama bagi membina masa depan yang lebih baik.

Perhimpunan Agung PBB pada Jun 2024 meluluskan resolusi yang dikemukakan oleh China untuk menetapkan 10 Jun setiap tahun sebagai “Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun”.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan