PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Agenda kebajikan rakyat dan pembangunan negara mesti terus dipacu tanpa sebarang kelewatan bagi memastikan setiap dasar dan program kerajaan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih nyata kepada rakyat.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi hantaran Facebook berkata perkara itu antara fokus perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri yang dihadirinya hari ini.
Beliau berkata mesyuarat yang bermula pada 9 pagi itu turut memberi tumpuan kepada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh pemulihan ekonomi negara.
“Antara fokus mesyuarat hari ini penerusan ikhtiar kerajaan dalam pemulihan ekonomi dan seterusnya menterjemahkan setiap program serta dasar negara kepada impak yang lebih nyata untuk dirasai terus rakyat.
“Tiada masa untuk berlengah, malah jauh sekali bertelagah. Agenda kebajikan dan pembangunan negara mesti terus dipacu dengan laju,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial