WILAYAH - TIMUR > BERITA

Penjawat Awam Rugi Lebih RM20,000 Ditipu Skim Pelaburan Dalam Talian

01/07/2026 10:58 AM

KUALA TERENGGANU, 1 Julai (Bernama) -- Seorang penjawat awam wanita kerugian sebanyak RM22,033.56 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan dalam talian pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 15 Jun lepas mangsa yang berusia lewat 40-an telah melihat iklan pelaburan Sinergy di laman sosial Facebook.

Beliau berkata mangsa yang tertarik menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat berkaitan dan penerangan lanjut.

"Mangsa yang berasal dari Chendering, Kuala Terengganu tertarik untuk menyertai skim tersebut setelah dijanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat. Dia kemudiannya membuat enam transaksi berjumlah RM20,033.56 ke enam akaun bank berbeza bermula 25 hingga 30 Jun lepas menggunakan wang simpanan.

"Bagaimanapun mangsa berasa curiga apabila suspek terus mendesak untuk menambah pelaburan sedangkan keuntungan daripada pelaburan terdahulu belum diperoleh," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan polis petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan