SPORTS

Test PCMS -CHINA MILIKI 18 KAWASAN TANAH LEMBAP BAHARU ANTARABANGSA

03/02/2023 04:22 PM

HANGZHOU, 3 Feb (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia yang ke-27 pada Khamis, China mengumumkan negara ini kini mempunyai 18 kawasan tanah lembap baharu antarabangsa.

Setakat ini, jumlah kawasan tanah lembap di China mencatat 82 dengan jumlah keluasannya merangkumi 7.647 juta hektar sekali gus menduduki tempat keempat di dunia.

Untuk tahun ini, sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia bertemakan "pemuliharaan tanah lembap", dan China turut mempersembahkan hasil pemantauan keadaan ekologi tanah lembap antarabangsa yang signifikan.

Menurut hasil pemantauan itu, secara keseluruhan keadaan ekologi tanah lembap antarabangsa di China kekal stabil manakala keluasan tanah lembap meningkat berbanding tahun sebelumnya selain mutu air yang bertambah baik.

Jumlah tumbuhan di tanah lembap kini mencecah 2,391 jenis manakala hakisan tanah lembap di provinsi Heilongjiang, Hubei, Shandong dan Hainan berjaya diipulihara dengan berkesan.

Ketua Setiausaha Konvensyen Ramsar, Musonda Mumba dalam ucaptamanya menzahirkan penghargaan kepada China selaku tuan rumah dan negara pengerusi Sidang ke-14 Penandatangan  "Konvensyen Tanah Paya" atau "Konvensyen Ramsar".

Beliau turut memuji usaha China yang terus menyempurnakan undang-undang dan dasar untuk memperhebat perlindungan serta pengurusan terhadap tanah lembap domestik menerusi pelaksanaan Undang-undang Perlindungan Tanah Lembap Republik Rakyat China dan Rancangan Perlindungan Tanah Lembap Kebangsaan Tahun 2022-2030.

Mumba berharap selaku negara pengerusi Konvensyen Ramsar China dapat menerajui usaha memelihara tanah lembap sedunia pada tiga tahun akan datang.

Untuk rekod, sejak "Konvensyen Ramsar" ditandatangani China pada tahun 1992, China mengatasi cabaran bersifat sejagat dengan aktif seperti keluasan tanah lembap menjadi kurang dan fungsi ekologi menjadi lembah.

Dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13 (2016-2020), kerajaan pusat memperuntukkan RMB9.87 bilion(RM6.25 bilion) untuk menjalankan 53 projek perlindungan dan pemuliharaan tanah lembap agar 467,000 hektar tanah lembap dipulihara sambil menambah 202,600 hektar tanah lembap baharu.

-- BERNAMA

 

TAG: tanah lembab, Hari Tanah Lembap Sedunia, perlindungan, ekologi, antarabangsa

 


AYU
 

Friday , 03 February 2023


BERNAMA provides up-to-date authentic and comprehensive news and information which are disseminated via BERNAMA Wires; www.bernama.com; BERNAMA TV on Astro 502, unifi TV 631 and MYTV 121 channels and BERNAMA Radio on FM93.9 (Klang Valley), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) and FM100.9 (Kuching) frequencies.

Follow us on social media :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy