Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (empat, kiri) bersalaman bersama Bekas penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Habibul Rahman Kadir Shah (empat, kanan) selepas Kes saman fitnah oleh Habibul Rahman Kadir Shah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai apabila Ahli Parlimen Muar itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Syed Saddiq, 31, ketika membacakan pernyataan maaf di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Habibul Rahman, 68, selaku plaintif kerana membuat kenyataan fitnah terhadap plaintif semasa sidang media di Seri Pacific Hotel pada 2 Oktober 2017.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA