Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menandatangani plak simbolik merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UPSI Sports Bowl di UPSI Sport City, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Turut hadir isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubir (dua, kanan), Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah (kanan) dan Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff (kiri).
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melakukan balingan bola bowling simbolik merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UPSI Sports Bowl di UPSI Sport City, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi universiti dan orang kenamaan selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UPSI Sports Bowl di UPSI Sport City, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Turut hadir isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah dan Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff.
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Tuanku Zara Rasmi UPSI Sports Bowl, Pusat Boling Pertama Dalam IPT