AM

Seramai 1,400 Banduan OBB Di PPA Machang Diterima Bekerja

28/10/2024 04:57 PM

MACHANG, 28 Okt (Bernama) -- Seramai 1,400 banduan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang berstatus Orang Bebas Berlesen (OBB) telah ditawarkan bekerja dalam pelbagai bidang untuk mengubah masa depan mereka sejak Januari hingga bulan ini.

Pengarahnya Ahmad Zulkarnain Abdul Khalid berkata kebanyakan banduan ditawarkan untuk bekerja sebaik dibebaskan menerusi beberapa sektor pekerjaan termasuk kilang, ladang dan juga perhotelan mengikut kemahiran yang telah disuai padan.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya dua per tiga daripada keseluruhan banduan PPA berkenaan iaitu seramai 3,000 orang mendapat pekerjaan untuk menjana pendapatan.

"Setakat ini mengikut pemerhatian kita, masih ada majikan yang mempunyai stigma dan bersikap prejudis untuk menerima golongan ini bekerja di syarikat mereka. 

"Malah, sejak program ini dilaksanakan, kemasukan semula banduan ke PPA ini di lihat telah berkurang,”katanya kepada pemberita di Majlis Pogram Pelepasan Banduan Berlesen (PBSL) sempena perayaan Deepavali di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 63 OBB dibebaskan dengan 42 daripada mereka bekerja dengan majikan manakala 12 banduan ke Rumah Perantaraan (RP) dan sembilan lagi telah kembali kepada pangkuan keluarga.

 Sementara itu, seorang banduanyang juga bekas kontraktor hanya mahu dikenali sebagai Mat, 41, dari Kota Bharu berkata dia ditahan pada awal tahun ini disebabkan kesalahan mengikut Seksyen 420 kerana melakukan penyelewengan wang bernilai RM45,000 pada tahun lalu di syarikat kontraktor tempat dia bekerja.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata atas desakan serta kemahuan mahu hidup mewah telah memaksa dia melakukan kesilapan buat kali kedua apabila kesalahan pertama dilakukannya pada tahun 2017 dengan menyeleweng wang syarikat bernilai RM70,000.

"Banyak komitmen yang perlu ditanggung termasuk keperluan kedua ibu bapa yang sudah tua selain mahu gaya hidup mewah memaksa saya untuk melakukan kesalahan itu. Bagaimanapun, kali ini ia membuatkan saya berasa perit dan tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. "Program OBB yang dilaksanaka ini amat baik kerana beri peluang kepada prospek untuk berubah," katanya.

"Banyak komitmen yang perlu ditanggung termasuk keperluan kedua ibu bapa yang sudah tua selain mahu gaya hidup mewah memaksa saya untuk melakukan kesalahan itu.

“Bagaimanapun, kali ini ia membuatkan saya berasa perit dan tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Program OBB memberi peluang untuk berubah,”katanya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy