MAKKAH, 12 Nov (Bernama-SPA) -- Liga Dunia Islam (MWL) menyambut baik resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, yang menghimpunkan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab.
Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammad Al-Issa menyatakan sokongan penuh liga itu terhadap hak rakyat Palestin untuk meraih kebebasan dan memiliki sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, lapor Agensi Berita Saudi (SPA),
Beliau menegaskan bahawa sidang kemuncak itu dengan jelas mengutuk pencerobohan Israel dan meminta Israel bertanggungjawab atas kegagalan usaha gencatan senjata.
Dr Al-Issa turut mengucapkan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana menganjurkan sidang kemuncak itu, sambil menyoroti usaha berterusan Arab Saudi dalam menyokong perjuangan Palestin.
-- BERNAMA-SPA