PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

13/11/2024 08:25 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Kontrak semerta November 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,610.5 serta Disember 2024, Mac 2025 dan Jun 2025, masing-masing menokok 1.0 mata kepada 1,614.5, 1,602.5 dan 1,611.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,327 lot daripada 5,253 lot semalam manakala kepentingan terbuka menaik kepada 38,153 kontrak daripada 37,877 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 3.07 mata untuk ditutup kepada 1,611.50 daripada 1,608.43 semalam. 

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy