PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

12/11/2024 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kekukuhan dolar AS selain penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.  

Kontrak bulan semerta November 2024 turun kepada US$2,602.70 setiap auns troy daripada US$2,674.10 setiap auns troy pada Isnin.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 semuanya berada pada US$2,616.10 setiap auns troy daripada US$2,687.00.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot daripada lima lot pada Isnin manakala kepentingan tebruka naik kepada 22 kontrak daripada 18 sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 11 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,624.75 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy