PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

14/11/2024 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak semerta November 2024 dan Mac 2025 turun 10.5 mata masing-masing kepada 1,598.5 dan 1,591.0, manakala Disember 2024 dan Jun 2025 susut 11 mata masing-masing kepada 1,602.5 dan 1,599.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,847 lot daripada 5,327 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,564 kontrak berbanding 38,153 sebelumnya.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI merosot 10.82 mata pada 1,600.68 daripada 1,611.50 pada Rabu.

 

 -- BERNAMA

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy