KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.25 pagi, kontrak November 2024 dan Disember 2024, masing-masing merosot 5.5 mata kepada 1,605.0 dan 1,609.0 serta Mac 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,600.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,658 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,810 kontrak.
Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 1.77 mata kepada 1,609.65 daripada 1,611.50 semalam selepas 55 minit dagangan.
-- BERNAMA