PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

04/12/2024 10:41 PM

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan peniaga kekal tidak memasuki pasaran.

Mereka sedang menunggu data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell untuk mendapatkan gambaran mengenai prospek dasar bank pusat tersebut.

Kontrak bulan semerta bagi Disember 2024 dan Januari 2025, masing-masing merosot kepada US$2,654.20 setiap auns troy dan US$2,654.20 setiap auns troy manakala Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025, masing-masing berada pada US$2,678.0 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurangan kepada sembilan lot daripada 15 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 64 kontrak daripada 35 kontrak sebelum ini.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 3 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,640.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy