KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan dibebani oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh selain berlaku pengambilan untung.
Perkara itu berlaku pada waktu pelabur menunggu data penting ekonomi AS untuk menilai langkah Rizab Persekutuan seterusnya mengenai dasar monetari.
Kontrak bulan semerta Disember 2024 susut kepada US$2,648.80 setiap auns troy.
Dalam pada itu kontrak Januari 2025 turun kepada US$2,656.70 setiap auns troy manakala Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya ditutup pada US$2,672.30 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 40 lot daripada tujuh lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 55 kontrak daripada 22 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 29 Nov, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,651.05 setiap auns troy.
-- BERNAMA