KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan meningkat dalam sesi dagangan awal pada Jumaat.
Pada 9.50 pagi ini, kontrak Disember menokok satu mata kepada 1,615.0, Januari 2025 meraih 1.5 mata kepada 1,615.0, Mac 2025 tidak berubah pada 1,603.0 manakala Jun 2025 naik empat mata kepada 1,613.5.
Jumlah dagangan sebanyak 966 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,354 kontrak.
Pada 10 pagi ini, indeks penanda aras FBM KLCI susut 2.31 mata kepada 1,613.33 daripada paras 1,615.64 pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA