KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup mendatar dan rendah hari ini berikutan prestasi kadar asas pasaran tunai yang negatif.
Kontrak semerta Disember 2024 dan Januari 2025, masing-masing tidak berubah pada 1,614.0 dan 1,619.0 manakala kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 menyusut 1.0 mata kepada 1,602.0 dan 1,608.5.
Jumlah dagangan menurun kepada 3,952 lot daripada 4,583 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 36,545 kontrak daripada 36,998 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 2.39 mata kepada 1,613.25 daripada 1,615.64 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA