PASARAN

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

10/12/2024 07:51 PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Kontrak bulan semerta Disember 2024 turun 2.0 mata kepada 1,609.0, Januari 2025 susut 2.5 mata kepada 1,613.5, Mac 2025 berkurangan 0.5 mata kepada 1,597.5 dan Jun 2025 jatuh 1.5 mata kepada 1,602.0.

Jumlah dagangan susut kepada 3,059 lot daripada 5,301 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 34,955 kontrak daripada 37,577 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 2.46 mata atau 0.15 peratus kepada 1,608.97 daripada paras penutup 1,611.43 pada Isnin. 

 -- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy