KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal.
Pada 9.18 pagi, Disember 2024 merosot 1.0 mata kepada 1,594.0, Januari 2025 naik 0.5 mata kepada 1,600.0, Mac 2025 mendatar pada 1,584.0 dan Jun 2025 naik 1.5 mata kepada 1,590.0.
Jumlah dagangan sebanyak 797 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,896 kontrak.
Pada 9.36 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 5.42 mata kepada 1,605.51 daripada 1,600.09 semalam.
-- BERNAMA