PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

18/12/2024 07:55 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Ketika penutup dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat kepada 5.5 mata kepada 1,596, Januari 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,600, Mac 2025 menaik 5.0 mata kepada 1,584.5 dan Jun 2025 melonjak 5.5 mata kepada 1,591.50.

Jumlah dagangan menokok kepada 4,990 lot daripada 2,683 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,525 kontrak daripada 39,171 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.14 peratus atau 2.25 mata kepada 1,599.58 daripada 1,597.33 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA  

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy