PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

19/12/2024 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Ketika penutup dagangan, kontrak Disember 2024 dan Januari 2025 menyusut 1.0 mata untuk ditutup masing-masing kepada 1,595 dan 1,599.0, Mac 2025 menurun 0.5 mata kepada 1,584.0 dan Jun 2025 merosot 3.0 mata kepada 1,588.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,244 lot daripada 4,990 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 44,139 kontrak daripada 41,525 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.51 mata kepada 1,600.09 daripada 1,599.58 ketika ditutup pada Rabu. 

-- BERNAMA  

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy