PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Catat Kenaikan Awal Berikutan Indeks Petunjuk Pasaran Meningkat

23/12/2024 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.20 pagi, kontrak Disember 2024 dan Januari 2025, masing-masing tidak berubah pada 1,589.50 dan 1,595.00. Mac 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,580.50 dan Jun 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,590.00.  

Jumlah dagangan sebanyak 860 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,947 kontrak.  

Setakat 9.38 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 7.84 mata kepada 1,599.25 daripada 1,591.41 pada Jumaat lepas.  

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy