WASHINGTON, 13 Jan (Bernama-dpa) -- Bintang Amerika Syarikat (AS) Beyonce, menyumbang US$2.5 juta untuk membantu mereka yang terjejas oleh kebakaran Los Angeles (LA) melalui yayasannya, Beygood, lapor agensi berita Jerman, dpa.
"Los Angeles, kami bersama anda," menurut catatan yayasan itu di Instagram pada lewat Ahad.
Wang itu akan digunakan untuk membantu keluarga yang kehilangan rumah di kawasan Altadena dan Pasadena.
Gereja dan pusat komuniti yang membantu mangsa yang terjejas di kawasan itu juga akan menerima sumbangan.
Kebakaran hutan itu telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan meninggalkan kemusnahan meluas sepanjang minggu lalu. Ahli meteorologi memberi amaran bahawa angin kuat yang dijangka boleh memburukkan lagi kebakaran dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA-dpa