KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penurunan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 menyusut 17.5 mata kepada 1,581.5, Februari 2025 dan Mac 2025 merosot 15.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,584.5 dan 1,567.0, manakala Jun 2025 turun 13.5 mata kepada 1,574.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 6,789 lot daripada 6,354 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 42,946 kontrak daripada 42,928 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 16.82 mata atau 1.05 peratus kepada 1,585.59, berbanding 1,602.41 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA