PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

13/01/2025 08:30 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Kontrak semerta Januari 2025 menurun kepada US$2,689.20 setiap auns troy daripada US$2,692.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas, manakala kontrak Februari 2025 merosot kepada US$2,699.10 setiap auns troy daripada US$2,703.10 sebelumnya.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 turut ditutup rendah kepada US$2,706.20 setiap auns troy daripada US$2,707.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 56 lot daripada 28 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 71 kontrak daripada 56 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,687.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy