PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Bagi Hari Kedua Berturut-turut

14/01/2025 09:57 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan minat belian. 

Kontrak bulan semerta Januari 2025 turun kepada US$2,672.70 setiap auns troy daripada  US$2,689.20 setiap auns troy pada Isnin, manakala kontrak Februari 2025 susut kepada US$681.90 setiap auns troy daripada US$2,699.10 setiap auns troy.  

Kontrak Mac 2025, April 2025, dan Jun 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,690.60 setiap auns troy daripada US$2,706.20 setiap auns troy. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 56 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 22 kontrak daripada 71 kontrak.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 13 Januari, harga emas fizikal berada pada US$2,669.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2382675