AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Johor Dan Perak Kekal Malam Ini

15/01/2025 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 malam ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang daripada 22 keluarga berbanding 20 orang daripada 13 keluarga, petang tadi.

Kesemua mereka dari Rumah Leo dan Rumah Alice Jimmy ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kompleks Sukan Kanowit di daerah Kanowit.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada sembilan keluarga  dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, setakat 8 malam.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy