PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

16/01/2025 10:14 AM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada sesi dagangan awal Khamis.

Pada 9.45 pagi ini, Januari 2025, Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing naik 6.5 mata kepada 1,559.5, 1,563.0 dan 1,546.0 manakala Jun 2025 meraih 7.5 mata kepada 1,553.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,802 lot manakala kepentingan terbuka pada 39,904 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI menokok sebanyak 3.29 mata kepada 1,565.41 selepas 50 minit dagangan dijalankan berbanding 1,562.12 pada akhir dagangan Rabu. 

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy