SUKAN

Test PCMS - BLIS: TERBUKA INDIA 2025: AARON-WOOI YIK, PEARLY-THINAAH MARA PUSINGAN 16 TERBAIK [Update 4]

22/01/2025 02:31 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki negara Aron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka India 2025, selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, dalam perlawanan sengit selama 56 minit awal pagi tadi.

Pada perlawanan pusingan 32 terbaik di Indira Gandhi Sports Complex menyaksikan Aaron-Wooi Yik tewas pada set pertama 20-22, namun bangkit untuk memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-16 dan 21-18 ke atas pasangan yang berada pada ranking ke-31 dunia itu.

Pasangan negara itu akan berhadapan beregu China Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, yang berada pada ranking ke-39 dunia pada pusingan kedua hari ini.

Aaron-Wooi Yik pernah tewas kepada pasangan tersebut pada pertemuan terdahulu di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2024.

Selain itu, beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah turut melakar kemenangan apabila menundukkan pasangan tuan rumah Prerana Alvekar-Mrunmayee Despande 21-8, 21-19 dalam masa 27 minit.

Sebagai pilihan ketiga kejohanan, Pearly-Thinaah bakal menghadapi cabaran getir apabila bertemu pasangan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian buat kali pertama pada pusingan 16 terbaik hari ini.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2384697