AM

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan

04/02/2025 03:59 PM

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Kamarudin Abdullah yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi catatan di platform X, Ahmad Zahid menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar khususnya buat rakyat di Kelantan.

“Allahyarham banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat. Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan soleh dan beroleh jannah-Nya” kataTimbalan Perdana Menteri.

Media hari ini melaporkan Kamarudin, 73, meninggal dunia pada 6 pagi tadi di kediamannya di Kota Bahru akibat kanser paru-paru.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2389174