KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.20 pagi, kontrak Februari 2025 naik 4.5 mata kepada 1,578.0, Mac 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,559.50 dan Jun 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,562.0 manakala September 2025 tidak berubah pada 1,547.50.
Jumlah dagangan berjumlah 805 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 33,701 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.62 mata kepada 1,576.13 selepas 43 minit dagangan daripada paras penutup 1,574.51 pada Rabu.
-- BERNAMA