PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Meningkat

06/02/2025 07:03 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada akhir dagangan, kontrak Februari 2025, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing melonjak 10.0 mata kepada 1,583.50, 1,569.0 dan 1,557.50. 

Kontrak Mac 2025 pula meraih 9.0 mata kepada 1,564.50.

Jumlah dagangan berkurangan kepada kepada 5,409 lot daripada 7,840 lot manakala kepentingan terbuka susut kepada 37,492 kontrak daripada 40,043 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.67 peratus atau 10.66 mata kepada 1,585.17, berbanding 1,574.51 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2390034