BEIJING, 14 Feb (Bernama-CMG) -- Laporan prospek ekonomi 2025 yang dikeluarkan oleh sebahagian institusi kewangan global baru-baru ini mendedahkan bahawa China sedang menunjukkan keberhasilan secara beransur-ansur dalam pembangunan yang berkualiti tinggi, serta sektor penggunaan dan perkhidmatan dijangka meningkat secara lebih lanjut.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun semalam menyatakan bahawa pasaran penggunaan China yang bersaiz gergasi berperanan menyediakan peluang kerjasama yang besar di arena antarabangsa.
Pada tempoh cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2025, pelbagai sektor yang berkait penggunaan di negara ini telah menyaksikan peningkatan pendapatan harian sebanyak 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, antaranya penggunaan barangan dan penggunaan perkhidmatan masing-masing meningkat 9.9 peratus dan 12.3 peratus. Langganan keseluruhan pelancongan outbound pula meningkat sebanyak 30 peratus tahun ke tahun.
Kumpulan Citigroup dalam satu laporannya menyatakan "Operasi ekonomi China baik pada permulaan Tahun Ular."
Pelbagai ekonomi yang melibatkan budaya tradisional, warisan budaya tidak ketara, ais dan salji, serta penggunaan tukar beli menjadi semakin hangat semasa perayaan TBC 2025.
Sementara itu, pasaran penggunaan China sedang mengalami perubahan daripada berorientasikan "kuantiti" kepada yang menekankan "kualiti", disokong oleh transformasi digital dan format penggunaan pacuan teknologi.
Bekalan produk asing yang mencukupi serta laris dijual dalam perayaan TBC 2025, berserta industri pelancongan inbound dan outbound yang berkembang pesat, menandakan dan membuktikan bahawa pasaran penggunaan China yang bersaiz gergasi berperanan memberi peluang kerjasama yang besar kepada pelbagai negara.
"Kemakmuran pasaran penggunaan China mencerminkan bukan sahaja permintaan yang semakin pulih, tetapi juga keyakinan pelbagai pihak yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan ekonomi domestik. Jelaslah ekonomi China sudah mengalami penstrukturan yang semakin optimum sehingga menjadi sangat akomodatif dan mempunyai penggerak yang kuat.
"Seiring dengan pelaksanaan siri langkah rangsangan ekonomi yang sudah menunjukkan keberhasilan di negara ini, kami komited membantu dunia meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam menjana pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan domestik yang berkualiti tinggi dan peningkatan tahap keterbukaan ", ujar Guo.
-- BERNAMA-CMG