AM

Agong Perkenan Enam Akta Diluluskan Sidang Parlimen Lepas

25/02/2025 12:03 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata akta itu ialah Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025, Akta Perkongsian Data 2025 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025. 

Selain itu, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025, Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2025 dan Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2025.

-- BERNAMA 



 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2396168