KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada NationGate Holdings Bhd berikutan penurunan mendadak harga saham syarikat itu hari ini.
Pada akhir dagangan, kaunter mencecah paras terendah dengan harga saham merosot 55 sen atau 29.73 peratus kepada RM1.30, dengan 48.85 saham diniagakan.
“Pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA tersebut, yang akan disiarkan di laman sesawang di bawah (bahagian) Pengumuman Syarikat ketika membuat keputusan pelaburan mereka,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
NationGate merupakan pembekal terkemuka perkhidmatan pembuatan elektronik, yang mengkhusus dalam penyelesaian termaju sejak 2010.
-- BERNAMA