PASARAN

Indeks FBM KLCI Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Sentimen Pasaran Positif

06/03/2025 02:23 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia kekal dalam wilayah kurang memberangsangkan pada tengah hari Khamis susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.40 mata atau 0.35 peratus kepada 1,559.02 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Saham wajaran tinggi CIMB susut 25 sen kepada RM7.55, Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.54 dan Hong Leong Bank menguncup 20.0 sen to RM21.10 dengan kesemua kaunter itu mengheret turun indeks komposit dengan gabungan sebanyak 6.11 mata

Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok 4.53 mata kepada 1,568.95, bergerak dalam julat 1,554.85 hingga 1,569.43 ketika sesi dagangan pagi ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 520 berbanding 367 manakala 381 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,074 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.86 bilion saham bernilai RM1.29 bilion.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata susulan kenaikan kadar  senarai gaji swasta Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, pelabur akan memantau dengan teliti tuntutan pengangguran awal dan keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah, lewat hari ini.

Firma pembrokeran itu juga menjangkakan kerjasama Malaysia dengan Arm Holdings Plc yang bernilai US$250 juta mampu mewujudkan peluang perdagangan dalam sektor teknologi, terutaman kaunter semikonduktor.

"Selain itu, kami kekal positif terhadap Itmax System dan Time Dotcom berikutan model perniagaan mereka yang berdaya tahan dan pertumbuhan pendapatan yang stabil," katanya.

Pada masa sama, pelabur mungkin mencari peluang untuk mendapatkan tawaran harga rendah dalam sektor pembinaan yang dijangka berkembang susulan pelaburan dalam pusat data dan projek infrastruktur awam berskala besar yang menjamin potensi pendapatan kukuh dalam beberapa tahun akan datang.

“Oleh itu, kebanyakan daripada saham-saham itu sudah terlebih jual pada masa ini,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, CelcomDigi turun 3.0 sen kepada RM3.56, Gamuda susut 6.0 sen kepada RM4.18, Pertronas Chemical menguncup 3.0 sen to RM3.74, Sime Darby meraih 9.0 sen to RM2.14 dan YTL Power International meningkat 6.0 sen kepada RM3.10. 

Bagi saham aktif, G3 dan NexG meningkat setengah sen masing-masing kepada 1.5 sen dan 26.5 sen, MyEG Services meraih 6.5 sen kepada 97.5 sen, Dagang NeXchange menokok 2.5 sen kepada 28.5 sen dan NationGate naik 6.0 sen kepada RM1.47.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 1.31 mata kepada 11,615.30, Indeks FBM 70 melonjak 123.14 mata kepada 16,519.19, Indeks FBM Emas Shariah naik 52.65 mata kepada 11,298.36, Indeks FBM ACE meningkat 3.29 mata kepada 4,589.57 manakala Indeks FBMT 100 turun 6.30 mata kepada 11,390.98.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan meningkat 30.40 mata kepada 7,539.87, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 156.23, Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya merosot 171.97 mata kepada 19,130.98 dan Indeks Tenaga susut 6.43 mata kepada 721.23.

-- BERNAMA 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2399542