PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

06/03/2025 11:05 AM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada sesi dagangan awal Khamis.

Pada 10.22 pagi ini, Mac 2025 turun 3.5 mata kepada 1,534.0, April 2025 susut 2.5 mata kepada 1,537.0, Jun 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,538.0 manakala September 2025 menguncup 7.0 mata kepada 1,522.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,956 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,262 kontrak.

Pada 10.28 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 4.03 mata kepada 1,560.39 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2399464