AM

Perhilitan N.Sembilan Siasat Dakwaan Dua Tapir Berkeliaran Di Taman Perumahan

09/03/2025 05:34 PM

SEREMBAN, 9 Mac (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan dua ekor tapir di sebuah taman perumahan di Pedas, Rembau, malam tadi.

Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan daripada penduduk setempat berhubung perkara itu.

“Kita sedang siasat dan pantau secara berterusan bagi memastikan kesahihan kejadian tersebut.

"Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta supaya terus membuat laporan kepada Perhilitan untuk kita lakukan tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam yang didakwa berlaku di sebuah taman perumahan di Pedas.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2400523