PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

10/03/2025 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.40 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 5.0 mata kepada 1,512.5, April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,515.5 dan 1,518.0 serta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,502.0.  

Jumlah dagangan sebanyak 7,635 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,393 kontrak.  

Bagaimanapun, pada 9.45 pagi, FBM KLCI naik 0.70 mata kepada 1,547.97 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2400664