KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) esok.
Indeks harga pengguna AS bagi Februari akan dikeluarkan pada Rabu.
Kontrak semerta bulan Mac 2025 merosot kepada US$2,916.90 setiap auns troy daripada US$2,917.70 pada Isnin, manakala April 2025 menurun kepada US$2,925.90 daripada US$2,927.50.
Sementara kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya menyusut kepada US$2,935.90 setiap auns troy daripada US$2,936.70 setiap auns troy pada Isnin.
Jumlah dagangan meningkat kepada 253 lot daripada 141 lot, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 318 kontrak daripada 201 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,910.20 setiap auns troy.
-- BERNAMA