PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

11/07/2025 10:39 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah hari ini.

Pada 9.43 pagi, kontrak Julai 2025 merosot 3.5 mata kepada 1,533.0, Ogos 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 4.5 mata kepada 1,529.0 dan 1,510.50. Bagaimanapun, September 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,519.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,070 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,463 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI berkurangan 3.20 mata kepada 1,533.32 selepas 46 minit dagangan daripada 1,536.52 pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2443968