Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Azlina Aziz (tiga, kanan) dan Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan AmBank, Shamsul Bahrom Mohamed Ibrahim (tiga, kiri) bergambar bersama pemenang utama pada majlis penutup AmBank Newscaster Challenge, anjuran AmBank Group dengan kerjasama Bernama, sempena Ulang Tahun Ke-50 AmBank Group di Wisma Bernama, hari ini. Turut hadir, Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Media AmBank Group, Ridzuan Zulkifli (kiri).
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Kajang, Fatinah Safiyyah Mohamad Rusydi, 16, muncul juara pertandingan AmBank Newscaster Challenge yang berlangsung sempena majlis penutup program itu, anjuran AmBank Group dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Wisma Bernama hari ini.
Peserta membaca skrip sementara menunggu giliran uji bakat pertandingan AmBank Newscaster Challenge, anjuran AmBank Group dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sempena Ulang Tahun Ke-50 AmBank Group di Wisma Bernama, hari ini.
Seorang peserta menjalani sesi uji bakat pertandingan AmBank Newscaster Challenge, anjuran AmBank Group dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sempena Ulang Tahun Ke-50 AmBank Group di Wisma Bernama, hari ini.
Antara peserta menjalani sesi uji bakat pertandingan AmBank Newscaster Challenge, anjuran AmBank Group dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sempena Ulang Tahun Ke-50 AmBank Group di Wisma Bernama, hari ini.